Senarai 11 Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

peserta maharaja lawak mega 2019

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019. Hai korang, bertemu lagi kita hari ini dan kali ini aku nak kongsikan pasal rancangan realiti lawak yang paling dinantikan iaitu Maharaja lawak mega. Setiap tahun, rancangan ini mendapat rating yang baik dari penonton. Untuk musim baru, siapakah yang akan menjadi peserta maharaja lawak mega 2019? Jom aku kongsikan dengan anda.

Musim 2018, Juara MLM adalah kumpulan Shiro dan musim 2019 pula kita ada 11 orang peserta yang berentap bagi merebut gelaran juara maharaja lawak mega musim 2019 nanti. Sebelum tu kita kena lah tahu siapa pesertanya kan. hehe

Katanya musim ni, Maharaja lawak mega 2019 ada ramai peserta dan kombinasi peserta maharaja lawak mega 2019 yang lain dari yang lain. betul ke?  jom kita baca di bawah.

SENARAI peserta maharaja lawak mega 2019

 

Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2019

Berdasarkan pengumuman yang dibuat baru-baru ni. Ada peserta yang terdiri dari peserta solo dan kumpulan. Peserta solo kali ini datang dari Indonesia dan juga Brunei. Fuhh Lain macam sikit MLM kali ni kan. Jom kita baca siapa lagi yang sertai sebagai peserta maharajalawak mega 2019 kali ni.

  1. Jborn ( Wilcha, Joey dan Khir Rahman)
  2. Rojak ( Chiwan, Bell Ngasri dan Rahim R2)
  3. Jambus ( Tauke dan Tapai Kiut)
  4. Cali ( Peserta Solo dari Brunei)
  5. Bocey ( Abam, Fad dan Achey)
  6. zero ( Atu, Sharif dan Syaiful)
  7. Rahmet ( Peserta Solo dari Indonesia)
  8. Puteh ( Mamak, Ali dan Man Rajalawak)
  9. Rare ( Pakya, Ajak dan Ropie)
  10.  Popon ( Peserta solo dari Indonesia)
  11. Stone ( Mamat Sepah, Azlee Senario dan Achong Sweetchild)

Inilah kesemua peserta maharajalawak mega 2019. Tak sabar nak tengok kesmua mereka beraksikan. hehe Anda dah ada peserta yang diminati ke belum? Selalunya mesti peserta-peserta kumpulan akan mendominasi maharaja lawak mega.

Musim ni kita tak tahu lagi, tapi rasanya sama. hehe

Kesian dekat pelawak solo kan. haha Mungkin sebab ramai dalam satu kumpulan tu yang senang naik tu.

Pengacara Maharaja lawak mega 2019

Anda rasa siapa pengacara mlm 2019 kali ni? hehe yaa! Astro masih mengekalkan Dato Ac Mizal sebagai pengacara Maharaja lawak mega 2019. Tahniah Dato! Peminat mesti tak sabar nak tengok kan. hehe Mesti kecoh persembahan setiap minggu kan.

Hampir setiap tahun, Dato Ac jadi pengacara yang selalu mengusik para peserta maharaja lawak mega 2019. Walau dia dah habis kontrak dengan Astro tapi khidmat dia masih di perlukan.

 

senarai peserta maharaja lawak mega 2019

Oh ya, aku hampir terlupa. Musim ni, kita ada satu episod istimewa yang akan dibawa kan pada 27 Oktober 2019. Nak tahu apa yang ada dalam episod tu? jangan lupa saksikan nanti.

Update : untuk episod istimewa ini ia dipanggil ‘MLM 2019 : Kerusi Panas / Hot Seat ‘ yang akan di hoskan oleh Nabil Ahmad. Dalam episod ini juga akan dihadiri 3 orang tetamu yang akan menjadi juri maharaja lawak mega. Siapakah mereka? jom teruskan baca.

Juri MLM 2019

Salah satu tarikan dalam MLM adalah kehadiran juri-juri yang dari pelbagai latar belakang memberi komentar kepada para peserta.  Untuk musim 2019, senarai juri akan dikemaskini selepas minggu pertama nanti.

Update : Juri yang akan menjadi juri para peserta maharaja lawak mega 2019 kali ini adalah Sabri Yunus, Fasha Sandha dan juga David teo.

Fuhh mesti meriahkan malam – malam MLM korang nanti. hehe

Korang ingat lagi juri musim lepas? LUPA ?

Meh sini aku ingatkan. hehe juri musim lepas terdiri daripada Douglas Lim, Tya Ariffin, Remy Ishak dan Scha Alyahaya. Diorang ni best jadi juri, sporting pun sporting. hehehe

Waktu Tayangan : Hari Jumaat, 10 pm
Tarikh Mula Tayangan : 27 Oktober 2019
Saluran Tayangan : Astro Warna dan Warna HD

 

 

Akhir sekali, kita ucapkan semoga berjaya buat kesemua para peserta sama ada dari Malaysia, Indonesia dan juga dari Brunei. Buat yang terbaik untuk menghiburkan para peminat anda. Semoga berjaya !

p/s : Ada tak peminat MLM 2019? Kalau anda peminat MLM, boleh join group fb >> Saluran Live << untuk live streaming ya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*